twitter
rss

Daftar anak-anak tanpa perlu keluar dari rumah atau pejabat!. Klik pada gambar berikut

Daftar anak-anak tanpa perlu keluar dari rumah atau pejabat!. Klik pada gambar berikut
SILA KLIK GAMBAR DI ATAS BAGI PERKHIDMATAN PENDAFTARAN ONLINE TADIKA PENDITA KHALIFAH

PENDAFTARAN 2014 KINI DIBUKA!!!

PENDAFTARAN 2014 KINI DIBUKA!!!
Sila KLIK Pada Gambar Untuk Maklumat Lanjut



ARTERA STAND FOR: ARKITEK AND JURUTERA CILIK 

Apa itu Artera ™?
Artera ™ adalah Sistem Pembelajaran Mainan. Ia diperkembangkan dan dicipta untuk memberi kanak-kanak prasekolah (berumur 4-6 tahun) kemampuan belajar sambil bermain (permainan berstruktur) dengan mainan binaan daripada komponen-komponen. Dalam proses permainan berstruktur ini, murid akan didedahkan kepada pelbagai mata pelajaran seperti Sains, Teknologi, Agama, Kejuruteraan, Seni dan Matematik (S.T.R.E.A.M) sambil mengembangkan kemahiran dan kreativiti motor halus mereka. Artera ™ juga dibangunkan mengikut Standard Kurikulum Prasekolah Malaysia (KSPK) 2017 terkini.

Apa Yang Istimewa Tentang Artera ™


Program Little Architect & Engineer
(BAGI IBU BAPA)

Mengapa Anak Anda Perlu Berada dalam Program Ini?

3 Sebab:

Arkitek dan jurutera moden dan masa depan menerapkan sains dan teknologi ke dunia nyata dengan merancang bangunan yang meningkatkan taraf hidup kita dan meningkatkan kualiti hidup kita.

Jurutera Masa Depan, Arkitek, Pereka
Anak Kreatif Dan Inovatif
Pereka muda masa kini adalah pereka, jurutera dan arkitek masa depan. Mereka akan menemui penemuan yang akan menyelesaikan pelbagai masalah dan batasan teknologi semasa. Ini sejajar dengan sifat manusia untuk memperbaiki penemuan apa pun menjadi jauh lebih baik daripada sebelumnya.

Dalam fasa perkembangan kanak-kanak, mereka akan meneroka pelbagai cara untuk bermain dan mencipta. Pendedahan awal pembelajaran menggunakan set mainan pembinaan akan sangat menarik dan merangsang rasa ingin tahu dan imaginasi mereka tidak seperti mainan sedia ada. 






Pendedahan Kepada Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (HOTS) Pendidikan di sekolah rendah pada masa ini menekankan kepada Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (HOTS) dalam semua mata pelajaran. Pendedahan awal terhadap HOTS di tadika akan memastikan anak anda akan dapat bersaing ketika memasuki Tahun 1. Pembangunan Kemahiran Persediaan Untuk Permintaan Pekerjaan Masa Depan Dalam Kajian Masa Depan Pekerjaan oleh Forum Ekonomi Dunia 2016, permintaan untuk kemahiran pekerjaan di masa depan tidak hanya terbatas pada kemahiran teknikal yang mendalam tetapi juga memiliki kemampuan kognitif, kemahiran sistem dan juga kemahiran menyelesaikan masalah yang kompleks. Anak anda perlu didedahkan dengan kemahiran asas ini secepat mungkin untuk menyiapkannya dengan asas yang kuat.

Accentuating Your Children’s Potential!!





Sistem Pembelajaran Mainan Artera ™ juga telah diuji dengan pelajar prasekolah berumur 5-6 tahun dan dari pemerhatian kami, kami mendapati bahawa tahap kreativiti mereka meningkat setelah didedahkan dengan kaedah pembelajaran kami. Lebih-lebih lagi, mereka selalu gembira dan teruja untuk membuat dan bermain sendiri atau bersama rakan mereka. 

Set Pakej Prasekolah.
Apa yang terkandung dalam set ARTERA utk tadika? 

1 unit Artera ™ Teacher Toys Set (terdiri daripada 334 komponen mainan yang dapat menghasilkan 10 model berbeza secara serentak). -guru akan bermain artera toys di dalam kelas bersama rakan sekelas dengan menggunakan artera toys yang disediakan oleh pihak tadika. 

1 unit Manual Pengajaran
1 unit Manual Pemasangan
1 unit Video Tutorial untuk Rujukan
Program Latihan Guru 1 Hari

Untuk pelajar 4-6 tahun kami ada menyediakan artera Student Kit dimana ianya boleh didapatkan di tadika dengan harga rm90 sekotak. Namun ianya tidam wajib dibeli .
Kelebihan anak2 yang membeli student kit artera,  mereka boleh bermain dan berlatih memasang komponen2 artera toys di rumah bersama adik beradik. Ini akan dapat mengurangkan penggunaan gadjet di rumah kerana anak2 fokus kepada ARTERA toys yang banyak merangsang otak kiri dan kanan anak2 kecil semasa memasang komponen artera. 

Di bawah ini adalah set artera student  kits:





Beberapa aktiviti  ARTERA Tadika Pendita khalifah sejak 2018












ARTERA MATH :




 

KEISTIMEWAAN TADIKA KAMI

               بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم

Assalamualaikum WBT

KEISTIMEWAAN TADIKA PENDITA KHALIFAH:


1.  Cuba aplikasikan Teknik nabi dan didikan sunnah Rasulullah dari management sehingga ke aplikasi dalam kelas. Guru guru akan mendapat latihan sepanjang tahun secara berterusan untuk mendapatkan jaminan quality perkhidmatan yang maksimum


2. Menggunakan Bahasa Melayu Tinggi dalam perbualan seharian ; skill yang akan kita terapkan kepada anak anak supaya bercakap sopan dan teratur (namun pelajaran akademik terutamanya English Language tidak akan disingkirkan terutamanya dalam subject Bahasa Inggeris,Math & Science.)


3. Pelajaran Matematik dan Sains yang sebenar,yang kena dengan kehidupan harian, yang mudah diaplikasikan, yang seronok dan mudah difahami. Pasti anak-anak dapat mengaitkan pembelajaran harian dengan persekitaran. Kami menggunakan program Little Scientists Dari Digital Durian (Omar&Hana and Didi&Friends)



4. Pendidikan Islam yang sangat dekat dengan hati . Membina jiwa kental dan cintakan Islam dan Al Quran. Memupuk sifat sabar,  ikhlas, syukur dengan nikmat Allah dan lain2. 


5. Silibus keusahawanan untuk anak anak juga akan diselitkan dalam sesi pembelajaran Tadika Pendita Khalifah. Anak-anak belajar menjadi usahawan dan matawang melalui 
Little Entrepreneur silibus. Berniaga adalah sunnah Nabi. 


6. Program cuti sekolah yang terancang. (Lawatan sambil belajar, Seminar, Program Amali Solat,perkhemahan, pelbagai  aktiviti cuti sekolah dan lain-lain)


7. Aktiviti selepas waktu sekolah berasaskan riadah sunnah. (Kelas memanah,swimming dan lain-lain.


8. 
Kami menggunakan kaedah fonetik/phonics bagi bacaan B.Melayu (Bacalah Anakku),B.Inggeris(Readeasy) ,kaedah cepat membaca yang paling berkesan di Malaysia seawal usia 3 tahun.

9. Menerapkan nilai-nilai islamik yang tinggi bagi kanak-kanak islam dimana semua silibus/subjek akan dikaitkan dengan unsur agama dan cintai Allah dan RasulNya. Menerapkan anak2 lebih mudah mengucap zikir,tahmid dan  kata-kata yang baik 

10. Menekankan aktiviti Learn Trough Play,based on project dan Montessori serta brain gym(new!)

11. Menekankan perkembangan seimbang mengikut holistic development dari Kementerian Pelajaran dan KSPK.  (fizikal,sosio emosi,kognitif,bahasa, kemahiran motor kasar dan halus) 

12. Program pembelajaran bertema disusun secara sistematik setiap minggu menggunakan rancangan pelajaran harian dari program kurikulum OH DIDI-K. (program yg sangat happening!) 

13. Latihan Amali Solat fardhu, dhuha dan solat2 sunat , bacaan Iqra(percuma sahaja) , Fardu Ain dan Hafazan doa dan Juz Amma. Sebelum diajar praktikal dan tertib solat, mereka diajar tentang kepentingan dan kefahaman kenapa kita perlu  solat terlebih dahulu. 

14. Saiz kumpulan pelajar yang kecil,supaya perhatian yang secukupnya dapat diberikan. ( satu kelas hanya ada lebib kurang 5-10 orang sahaja.) 

15. Latihan pidato,sajak,bercerita,nasyid berkumpulan dan lain-lain bagi mengembangkan bakat pelajar. (kemudian diaplikasikan ke program hari kecemerlangan Bakat dan Anugerah pada akhir tahun .) 

16. Program Artera (arkitek dan Jurutera Cilik) - dah masuk 3 thn program artera diperkenalkan.  Program ini merupakan satu kaedah  Pendedahan kpd  anak2 kecil dalam bidang pembinaan dan jurutera melalui  aktiviti memasang komponen-komponen lego yg unik dan tersendiri. Ia bukan sekadar lego biasa. Kajian mengatakan aktiviti membina objek menggunakan lego akan merangsang otak kiri dan otak kanan anak2 kecil disamping mengembangkan bakat seni kreativiti mereka semasa menghasilkan binaan. Aktiviti lego juga akan meningkatkan fokus anak-anak. Kami akan berikan kebebasan untuk mereka meneroka idea dan kreativiti mereka.  

17. Aktiviti Muzik dan pergerakan kreatif yang menyeronokkan bagi merangsang minda kanak-kanak. Selain itu,  aktiviti fizikal dan estetika memupuk minat anak- anak dalam bidang kesukanan

18. Aktiviti Kreatif (indoor & Outdoor) yang menyeronokkan bagi meningkatkan minda kreatif kanak-kanak dan bakat mereka yang tersembunyi :
(Little Chef,Little Engineer & architecture,Little Entrepreneur, Art & Craft, Go Go Green(recycle) , aktiviti berkebun, aktiviti riadah tadika (Swimming, memancing,picnic,) tengok wayang,  Science Experiment

19. Tenaga pengajar yang berpengalaman didalam asuhan dan didikan kanak-kanak. InshaAllah. Guru-guru sentiasa dihantar kursus dan bengkel. 

20. Menyediakan Kelas-kelas Pengukuhan seperti kelas mengaji ,membaca fonik (Bacalah anakku dan readeasy) 

21. Menjalankan aktiviti tambahan dimusim cuti sekolah seperti kelas amali solat,kem motivasi,program membaca ekspress,Kelas Iqra,Tulisan Jawi dan Celik Al Quran, lawatan dan pelbagai aktiviti cuti sekolah yg menarik. 

22. Berdaftar dengan Jabatan Pelajaran Negeri Johor 
No pendaftaran JPN (J5A1082)


23. Clinical Care (pemeriksaan kesihatan dibuat keatas pelajar 1 kali setahun)
     -Dental Care, Physical Examination, Rawatan kesihatan.

  24.Kelebihan tadika kami dimana Pengusaha /Penyelia Tadika Pendita          
 Khalifah adalah bekas jururawat .


25. Insurans Takaful (Etiqa) disediakan untuk semua student (Bayaran RM35 setahun  semasa pendaftaran)


banyak lagi.... dan paling penting ... silibus adalah garapan pemikir pemikir yang cintakan pelajaran untuk membina anak-anak yang bakal memimpin generasi akan datang.

InshaAllah, tadika Pendita Khalifah akan bersama sama mencipta sejarah pendidikan tersendiri. Amin




JOM EXPLORE APA ITU PROGRAM OHDIDI-K di Tadika Pendita Khalifah !!!!! 
Oh Didi-K adalah salah satu Program Kurikulum Tadika Pendita Khalifah yang menjadikan Karakter Comel Omar & Hana dan Didi & Friends sebagai watak utama dalam dalam sesi pembelajaran dan pengajaran tadika kami.  Anak-anak pasti seronok dan excited nak belajar hari-hari kerana kami akan menjadikan "SETIAP MINGGU ADALAH PENGEMBARAAN"














Wahhhh... Nak mengembara apa tu?  Dan mengembara yang bagaimana tu?? 

Ok sabar ye... Nanti kami terangkan. 

Sebelum tu kami akan berikan sedikit informasi tentang program baru kami ni. 

Tadika kami telah berkolaborasi dengan pihak Digital Durian untuk pendidikan yang sangat menyeronokkan dan ianya sesuai juga untuk digunakan sebagai bahan bantu belajar secara online / PDPR kerana ianya mempunyai sebuah Portal pembelajaran khas untuk tadika kami Bagi memudahkan guru-guru juga. Ianya Praktikal dan Sangat memudahkan guru-guru dan guru-guru pun seronok dan excited nak mengajar anak-anak. 

Belajar akan menjadi lebih seronok dengan adanya watak Omar Hana dan Didi and Friends. Kajian mendapati bahawa  dengan adanya stimulus tambahan dari watak yang kanak-kanak kenali,daya fokus dan minat kanak-kanak akan semakin bertambah. Itu yang hari-hari tak sabar nak ke sekolah tu. Setiap masa kami sentiasa memikirkan program-program terbaik untuk  menarik minat anak-anak kecil suka ke sekolah.  Alhamdulillah. Kami cuba sebaiknya. 

 Seperti ibu bapa maklum,  karakter Omar Hana lebih banyak menekankan plot-plot islamic story dan penggunaan islamic term seperti alhamdulillah,masyaAllah ,SubhanAllah dan sebagainya.  Jadi ianya sangat sesuai dijadikan sebagai bahan bantu mengajar pelajar TPK di mana visi dan misi kami adalah untuk mewujudkan pendidikan anak soleh dan solehah .  InshaAllah.  Selain itu,  kami juga tidak lupa untuk mengenalkan anak-anak kepada karakter hebat daripada zaman-zaman nabi dan rasul. Jom kita kenali apa itu program Oh Didi-K dan apa pengisiannya untuk pelajar kami?  Teruskan pembacaan di bawah ye.


Siapa disebalik Oh Didi-K? 

Penulis buku-buku dan Rancangan Mengajar Program Oh Didi-K kebanyakannya adalah yang berpengalaman dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak.

Hebatnya mereka ini kerana ada yang sudah pun berpengalaman selama 30 tahun dalam pendidikan awal kanak-kanak. Tidak kurang juga yang mendapatkan pendidikan  dan pendedahan menjadi guru tadika di luar negara. Alhamdulillah,  program Oh Didi-K  meraikan kepelbagaian idea untuk menjadikan ianya satu kombinasi yang terbaik untuk anak-anak era masakini. Semoga anak-anak Tadika Pendita Khalifah mendapat kualiti pendidikan yang sama dengan sebaiknya. 

"Anak Riang, Cikgu Suka, Ibu Bapa Gembira"🥰

Pihak Digital Durian berjaya menghasilkan Buku  Oh Didi-K dengan lengkap dan komprehensif dengan bantuan pakar pendidikan awal kanak-kanak,pengusaha tadika dan guru tadika yang berpengalaman.Datin Prof  Dr Mariani Bt Mohd Nor dari Universiti Malaya telah dilantik sebagai perunding buku pelajaran Oh Didi-K untuk digunapakai di Tadika-tadika. 

📚Kesemua Buku-buku Oh Didi-K adalah mengikut  kualiti kemahiran pembelajaran yang holistik dan garis panduan KSPK dari Kementerian Pelajaran Malaysia dari aspek :

• Fizikal (Kemahiran Motor Kasar)- Melalui pergerakan tarian

• Kemahiran Motor Halus-melalui aktiviti seni kreatif (kolaj/menggunting)

•SosioEmosi (Perasaan gembira anak-anak  apabila belajar di samping karakter kegemaran) 

•Kognitif(Membuat keputusan) 

•Bahasa(melalui aktiviti sukukata) 

•Sahsiah dan rohani(melalui subjek pendidikan islam. Belajar tentang adab dan doa harian. 

Jadi ibu bapa tidak perlu risau dengan program OhDidi-K kerana ianya mengikut piawaian aspek pendidikan yang digariskan oleh KSPK Dari kementerian. 






📚ANTARA SILIBUS / KURIKULUM YANG ADA DALAM OHDIDI-K ADALAH SEPERTI DI BAWAH:


1) Pembelajaran berasaskan projek


2)Aktiviti Mingguan : Tray Tracing


3) Aktiviti Mingguan: Playdough


4) Show & Tell


5) aktiviti mingguan ( Tengok wayang) 


6) Aktiviti Mingguan ( Adab & Akhlak) 


7) Story Telling ( follow by day/everyweek)



8) Pembelajaran berasaskan Tema (follow KSPK dari Kementerian Pelajaran Malaysia) 
-14 tema mingguan yang pasti membawa anak-anak mengembara  setiap minggu!! 

Selain pembelajaran digital, Program Oh Didi-K juga Ada buku-buku pembelajaran khas untuk anak-anak Tadika kami seperti Di bawah:
Buku-buku Oh Didi-K lengkap dengan semua elemen Dan holistic yang kami terangkan Di atas.


Apa yang menarik,  buku-buku aktiviti Oh Didi-K mengandungi Kod QR sebagai bantuan  dan pengukuhan dalam pembelajaran di tadika. Setiap bahan yang disediakan selari dengan  topik yang kanak-kanak  sedang pelajari.  Maksudnya, apa yang ada di buku sama terdapat di dalam portal digital, ibu bapa atau guru hanya scan QR code saja.  Ini akan menjadikan pembelajaran  menjadi semakin seronok dan mudah. Di bawah ini ada detail tentang buku-buku program Oh Didi-K dan  pengisiannya.: 





Menarik kan??? Apa yang penting semua pengisian buku-buku aktiviti ni mengikut piawaian pra sekolah tau!  Tak akan ada satu holistik development pun yang tertinggal.

Jom tengok beberapa jenis buku aktiviti yang akan disediakan untuk para pelajar:


Set Didi Baca adalah set buku-buku belajar membaca dan mengeja. Anak-anak mesti seronok nak belajar membaca dengan buku yang warna warni dan ada karakter omar hana dan didi and Friends kan.. Selain dari set ini,  anak-anak TPK juga akan ada buku belajar membaca fonik Bacalah Anakku. Wah.. Bertambah lagi ilmu bacaan dengan adanya set baca didi ni. 
Jom tengok lebih dekat lagi buku apa yang ada dalam set Baca Didi ni:👇


















Set buku seni kreatif pon ada:👇


Ada 4 buku aktiviti:👇


Ada Buku mengaji Omar Dan Hana Juga👇.  Wah mesti anak-anak seronok nak belajar mengaji dengan Omar dan Hana kan... 


Ada 12 buku Aktiviti Bertema:👇


Contoh2 buku bertema:
Buku tema diri saya

Buku tema orientasi 



Buku  seni kreatif



Ada buku laporan ibu bapa. Guru-guru akan melaporkan perkembangan anak-anak melalui buku laporan ini:👇



Kesimpulannya,  semua buku-buku  yang ada adalah seperti di bawah:



Jom tengok serba sedikit buku-buku dengan lebih dekat. 









Yang paling menarik dan best sekali,  program OhDidi-K  ada event-event khas untuk anak2 tadika kerjasama dengan Digital Durian.  Di bawah ni program2 usahama dengan Digital Durian bagi tahun 2022:

Di bawah ini adalah beberapa event yan diadakan sepanjang tahun 2021:










Pelajar akan berpeluang memenangi hadiah menarik jika menyertai event OhDidi-K.  Menarik kan??? 

Dah faham apa yang bakal anak-anak anda pelajari di tadika nanti? Menarik tak?  
Jom daftar untuk sesi 2022 dan bersedia dengan pengembaraan yg luar biasa bersama Omar Hana dan Didi & Friends. 🥰🥰🥰🥰

Klik link ini untuk mendaftar di Tadika Pendita Khalifah sesi 2022.

PENDAFTARAN 2014

PENDAFTARAN 2014