twitter
rss

Daftar anak-anak tanpa perlu keluar dari rumah atau pejabat!. Klik pada gambar berikut

Daftar anak-anak tanpa perlu keluar dari rumah atau pejabat!. Klik pada gambar berikut
SILA KLIK GAMBAR DI ATAS BAGI PERKHIDMATAN PENDAFTARAN ONLINE TADIKA PENDITA KHALIFAH

PENDAFTARAN 2014 KINI DIBUKA!!!

PENDAFTARAN 2014 KINI DIBUKA!!!
Sila KLIK Pada Gambar Untuk Maklumat Lanjut

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم

SEKAPUR SIRIH

Assalamualaikum WBT.

Tadika Pendita Khalifah mengucapkan Selamat Datang dan mengalu-alukan kunjungan anda ke Laman Web Tadika PENDITA KHALIFAH. Di laman web ini anda dijemput untuk meluncur ke semua laman yang direkabentuk khusus untuk memberikan informasi yang berguna untuk anda di Tadika Pendita Khalifah.


Sebagai sebuah institusi pembangunan kanak-kanak,Tadika PendIta Khalifah komited untuk memberikan perkhidmatan yang cemerlang kepada anak-anak pIntar anda. Falsafah perkhidmatan kami juga untuk mengujudkan manfaat bersama antara tiga pihak, iaitu anak-anak, anda dan kami.



Tadika Pendita Khalifah adalah salah sebuah Tadika (Pre School), Pusat Jagaan(Day Care) dan Transit Islamik yang baru dibuka tahun 2014 . Tadika Pendita Khalifah terletak di Larkin Johor Bahru. Ia menyediakan perkhidmatan Play & Pre school/Day Care/Transit sekolah Rendah/ Kelas Pengukuhan Program Bacalah Anakku & Readeasy/ ,Kelas Fardu Ain, Iqra dan Bacalah Jawi yang disediakan pada sesi malam dan hujung minggu.


PROFILE TADIKA



 Logo Rasmi Tadika Pendita Khalifah

Warna Rasmi Tadika Pendita Khalifah adalah Hijau,Putih dan Merah Jambu (Pink)


Warna Hijau :Islam Sebagai Asas Pendidikan dan  Pembentukan Akhlak

Warna Putih : Hati Yang Suci Dan Bersih  mencerminkan kemurnian, ketenteraman, perlindungan dan ketenangan.

Merah Jambu:Kelembutan,ketenangan dan kasih  sayang. Ia turut memberikan kesan                           keanak-anakan dan keceriaan.

MOTTO:



♥♥Sahsiah Mulia , Cendekiawan Terbilang♥♥
(Berdasarkan nama tadika kami "Pendita" bermaksud Orang yang Berilmu . Matlamat kami ingin melahirkan cendekiawan/khalifah yang berilmu yang dapat mengharumkan nama negara & keluarga tercinta.)

VISI :
Melahirkan dan mendidik bakal pemimpin (KHALIFAH) generasi akan datang yang memiliki ketrampilan sahsiah yang tinggi, bijak dan serba boleh, berkepimpinan,cendekiawan,berani dan kreatif berlandaskan Al Quran & Sunnah.

MISI :
Memperkasakan satu sistem pendidikan islam yang komprehensif(bersepadu) disamping tuntutan pendidikan semasa pada peringkat pra sekolah bagi melahirkan pelajar yang cendekiawan dan pendita (bijaksana) dari segi ilmu dan sahsiahnya.
Dan, mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan melalui aktiviti bermain yang dirancang bersesuaian dengan ciri-ciri perkembangan kanak-kanak supaya mereka dapat menguasai kemahiran asas serta memupuk sikap positif sebagai persediaan ke sekolah rendah disamping tidak meninggalkan ajaran Islam.
OBJEKTIF:
Penubuhan Tadika Pendita Khalifah adalah dengan objektif:

Memberikan pendidikan asas pra-sekolah dengan pendekatan pemupukan potensi intelektual dan kreativiti dengan menggabungkan pendekatan moden dan islamik.

yang mempunyai gandingan ciri-ciri berikut:



~memperkembangkan potensi kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun secara menyeluruh dan bersepadu dalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial melalui persekitaran pembelajaran yang selamat, menyuburkan aktiviti yang menyeronokkan, kreatif dan inovatif. Ini adalah untuk meningkatkan kemahiran, menanam keyakinan dan membentuk konsep kendiri yang positif pada diri kanak-kanak agar mereka berjaya dalam persekitaran sedia ada dan bersedia untuk menangani cabaran dan tanggungjawab di sekolah rendah kelak.


~untuk mencapai objektif dalam aspek jasmani, emosi dan sosial, intelek dan rohani seperti berikut:


i. Membina kecergasan badan.


ii.Mempunyai tubuh badan yang sihat.


iii.Mempratikkan amalan kesihatan yang baik.


iv.Mempratikkan langkah-langkah menjaga keselamatan diri.


v.Menguasai kemahiran motor halus dan asas motor kasar.


vi.Mempunyai kematangan emosi dan kemahiran sosial.


vii.Mempunyai konsep kendiri yang positif dan jati diri.


viii.Berani menyuarakan pandangan dan perasaan.


ix.Berkebolehan berinteraksi dengan orang lain.


x.Boleh bekerja secara bersendirian dan juga bekerja secara berkumpulan.


xi.Menghormati perasaan serta hak orang lain dan seterusnya membentuk perhubungan yang positif dengan orang dewasa serta rakan sebaya.


xii.Mengamalkan nilai murni.


xiii.Mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian.

xiv.Berkomunikasi menggunakan bahasa Malaysia, bahasa Inggeris dan bahasa pengantar dalam konteks kehidupan harian.


xv.Meneroka persekitaran menggunakan kemahiran proses sains asas.


xvi.Menggunakan kemahiran matematik asas dalam menjalankan tugasan harian dan menyelesaikan masalah.


xvii.Menggunakan kemahiran berfikir kritis, kreatif dan inovatif dalam pembelajaran dan kehidupan seharian.


xviii.Mengembangkan daya kreatif dan estetika.


xix.Menghargai keindahan alam dan warisan budaya.

~Melahirkan individu yang berilmu, beriman, bertanggungjawab & peribadi yang mencernakan akhlak islam.

~Menyuburkan potensi pelajar dalam semua aspek pertumbuhan diri yang seimbang supaya menjadi individu yang berguna pada dirinya dan masyarakat dengan berlandaskan konsep pendidikan islam.


~Melahirkan individu yang kreatif dan inovatif disamping tidak meninggalkan ajaran islam.


~Mempunyai kecerdasan dan kemahiran fizikal serta mempraktikkan amalan kesihatan dan keselamatan yang baik


~Menyedia dan mengembangkan kemahiran asas membaca Al-Quran, jawi, membaca, menulis dan mengira sebelum memasuki alam persekolahan.



*BAYARAN YURAN
Sila hubungi Pihak Tadika untuk mengetahui lebih lanjut tentang yuran. (datang sendiri ke pejabat Tadika PK atau hubungi kami di talian 0173510627

*SYARAT DAN PERATURAN TADIKA
Satu salinan Syarat dan Peraturan TADIKA akan diberikan kepada Ibubapa yang mendaftarkan anak mereka di Tadika dan satu perakuan ibu bapa perlu ditandatangani untuk persetujuan syarat-syarat yang telah diberikan.

0 comments:

Post a Comment

PENDAFTARAN 2014

PENDAFTARAN 2014