twitter
rss

Daftar anak-anak tanpa perlu keluar dari rumah atau pejabat!. Klik pada gambar berikut

Daftar anak-anak tanpa perlu keluar dari rumah atau pejabat!. Klik pada gambar berikut
SILA KLIK GAMBAR DI ATAS BAGI PERKHIDMATAN PENDAFTARAN ONLINE TADIKA PENDITA KHALIFAH

PENDAFTARAN 2014 KINI DIBUKA!!!

PENDAFTARAN 2014 KINI DIBUKA!!!
Sila KLIK Pada Gambar Untuk Maklumat Lanjut

بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم


Assalamualaikum WBT

A) Perkhidmatan Tadika Pendita Khalifah 


Di Tadika Pendita Khalifah (PK) terdapat beberapa perkhidmatan yang ditawarkan, seperti berikut:


~~~Play School / Tadika(Pre School) /Day Care /Transit sekolah Rendah/ Tuisyen Program Sri Cepat Membaca -Bacalah Anakku & Readeasy/ Kelas Pengajian Al-Quran,Fardu Ain,Bacalah Jawi dan Iqra.~~~


Berikut adalah detail mengenai perkhidmatan Tadika Pendita Khalifah:

1) Perkhidmatan Pendidikan Pra-sekolah (TADIKA)


  • Nursery Kindergarten - 3 hingga 4 tahun (Play school)
  • Kindergarten (K1) - 4 hingga 5 tahun ~First Year
  • Kindergarten (K2) - 5 hingga 6 tahun ~Second Year

Bagi kanak-kanak 4 hingga 6 tahun, dimana mereka diperkenalkan pendidikan secara semi formal dan formal. Pendidikan pra sekolah ini berasaskan kurikulum yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dengan penggabungan nilai-nilai Islam yang perlu diterapkan kepada mereka.

2) Perkhidmatan Penjagaan Selepas Sesi Pembelajaran (Day Care)


Perkhidmatan ini adalah penjagaan anak-anak/pelajar yang berumur dari 3 - 6 tahun terutama untuk pelajar di Tadika PK dimana kami menyediakan penjagaan selepas belajar di Tadika. Tujuan day care adalah untuk memberi kemudahan bagi para ibu bapa/penjaga meletakkan anak-anak mereka dibawah jagaan kami sehingga petang terutama kepada pelajar yang penjaganya bekerja dan tiada khidmat pengasuh.



3) Perkhidmatan Transit Sekolah Kebangsaan: 
Perkhidmatan Transit Disediakan Untuk Kemudahan Kanak‐Kanak Sekolah Rendah Yang
Memerlukan Tempat Persinggahan Untuk Mandi, Makan Tengahari Dan Membuat
Persediaan Ke Sekolah (Sekolah Kebangsaan/Sekolah Agama) sama ada sesi pagi atau sesi petang serta kami juga menyediakan transit di Musim Cuti Sekolah bagi ibu bapa yang memerlukan.
􀂾 SYARAT‐SYARAT
• Hanya untuk kanak‐kanak berumur 7 – 14 tahun sahaja

4)Khidmat Kelas Pengukuhan / Tuisyen Program Latihan Siri Cepat Membaca -Bacalah Anakku & Readeasy:
Tadika Pendita Khalifah dengan kerjasama Read Network pengeluar program Siri Cepat Membaca Fonik ,Read & Easy bagi Bahasa Inggeris dan Bacalah Anakku bagi Bahasa Malaysia adalah salah satu program tambahan(Extra Silibus) di Tadika PK yang mana kami juga menyediakan perkhidmatan Kelas Tuisyen/kelas pengukuhan Program Cepat Membaca bagi kanak-kanak menggunakan kaedah fonik untuk pelajar di Tadika PK atau pelajar luar yang ingin menjalani program ini dari usia 4 tahun hingga 7 tahun dan terbuka kepada kanak-kanak sekolah rendah yang kurang mahir dalam pembacaan.
Ianya hanya ditawarkan pada hari Sabtu,Ahad dan musim cuti persekolahan.
Tadika PK akan menyediakan Sijil Tamat Program Siri Cepat Membaca kepada pelajar yang telah menamatkan semua silibus yang disediakan. Sijil ini akan diberikan pada waktu Majlis Konvokesyen yang akan dijalankan nanti di hujung sesi persekolahan. Selamat Maju Jaya kepada pelajar-pelajar Pendita Khalifah. Contoh sijil adalah seperti di bawah :



Sijil Readeasy

Add caption
Sijil Bacalah Anakku

5) Khidmat Tuisyen/Kelas Pengukuhan Pengajian Asas Al-Quran, Fardhu Ain ,Iqra' dan Bacalah Jawi:
Perkhidmatan ini diberikan kepada anak-anak berumur seawal 3 tahun sehingga 12 tahun, Pengajian Al-Quran menggunakan kaedah Iqra' hanya ditawarkan pada sesi petang dan malam sahaja.  
*Kelas ini hanya diadakan 2 kali dalam seminggu, 1 jam,30 minit sehari. 

6) Mengedar Dan Menjual Alat Bantu Mengajar (Learning Aid):

Tadika Pendita Khalifah juga menjalankan aktiviti pengedaran / penjualan bahan-bahan alat bantu mengajar untuk taska dan tadika, disamping itu bahan-bahan pendidikan, seperti buku dan mainan juga ada di jual untuk para ibu bapa yang mencari bahan bacaan dan didikan untuk anak-anak di rumah.
Berikut adalah laman rasmi Facebook Fanpage kedai online Tadika PK :
KLIK FB Page : Comels : Child Of Mine Exciting Little Store 

atau hubungi secara SMS/Whatssapp ke 0173510627 (Teacher Fiza) untuk tempahan produk.
              



0 comments:

Post a Comment

PENDAFTARAN 2014

PENDAFTARAN 2014